Tuesday, December 22, 2009


Aksesori Mutiara

1.Mutiara bersifat sangat rapuh. Oleh itu, anda harus membersihkan aksesori mutiara sebaik selepas menggunakannya.



2.Kosmetik, produk berasaskan bahan kimia, dan juga minyak wangi adalah musuh utama mutiara. Oleh itu pastikan anda memakai aksesori ini selepas anda siap bersolek dan berdandan.



3.Elakkan daripada menggunakan air panas untuk membersihkannya. Ini kerana air panas akan mempengaruhi kekuatannya.



4.Simpan rantai atau gelang mutiara dalam keadaan kering di satu tempat yang terasing daripada aksesori yang lain.



5.Jangan simpan mutiara dalam beg plastik kerana ia boleh menyebabkan ia lembap dan menjadi rapuh



Tip Mudah



1.Bersihkan aksesori setiap kali selesai memakainya. Gunakan kain berserat halus supaya aksesori tidak tergores.



2.Simpan koleksi aksesori di dalam bekas khusus agar tidak kotor dan terhindar daripada habuk. Sebaiknya simpan aksesori mengikut jenis.



3.Apabila aksesori terlihat kusam, celupkan ke dalam air panas yang telah dicampurkan dengan cecair sabun (jangan rendam). Kemudian gosok menggunakan fabrik yang lembut dan segera keringkan.



4.Elakkan aksesori daripada terkena cahaya matahari secara langsung agar warnanya tidak pudar atau berubah.

0 Comments:

Post a Comment