Wednesday, December 16, 2009


Perbezaan mutiara kultur dan mutiara semulajadi...

Mutiara sangat unik berbanding batu permata yang lain. Banyak spekulasi yang timbul berkenaan keaslian mutiara yang dikultur pada awal tahun 1900an. Mutiara yang dikultur sesungguhnya adalah tulin sepertimana mutiara semulajadi. Perbezaan yang mungkin dapat dilihat pada mutiara semulajadi ialah rupa bentuk nukleus mutiara yang wujud. Pada mutira semulajadi , praktikal pasir, telur parasit dan bahan-bahan lain akan membentuk nucleus di tengah-tengah. sementara itu, pada mutiara yang dikultur, nucleus tiruan yang terdiri daripada kulit asal ( bivalve) dimasukkan untuk menjadikan mutiara. Amnya, kedua-dua proses pembentukan dilakukan oleh manusia ataupun semulajadi untuk membentuk lapisan "nacre" yang seterusnya akan membentuk mutiara yang amat bernilai.


Warna mutiara

Warna mutiara yang biasa terdapat di pasaran ialah merahjambu, merah jambu susu, putih kuning, keperakan , keemasan hijau, hitam , biru dan coklat. Pakar-pakar mutiara amnya menasihatkan agar pemilihan warna ini disesuaikan/dipadankan dengan warna kulit si pemakai.

Penjagaan Mutiara

Tanda-tanda yang kecil yang mencacatkan mutiara boleh dihilangkan dengan minyak zaitun. Perhatian! Elakkan dari memakai mutiara anda semasa mandi, di dapur atau mencuci. Warna mutiara boleh berubah kerana mutiara terbentuk daripada kalsium karbonat.

0 Comments:

Post a Comment